DJI Mavic 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

DJI Mavic 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

DJI telah pun memperkenalkan dron terbaru mereka pada minggu lepas, iaitu dibawah keluarga DJI Mavic 2. Dua dron hadir dibawah keluarga berkenaan, iaitu DJI Mavic 2 Pro dan juga DJI Mavic 2 Zoom.

DJI Mavic 2 Pro merupakan versi premium, dimana ia hadir dengan kamera berteknologi Hasselblad, yang mana sekaligus menawarkan kualiti rakaman yang baik dan penghasilan warna jitu.

Sementara DJI Mavic 2 Zoom pula, seperti pada namanya memfokuskan kepada ciri zoom. Ia hadir dengan sokongan zoom optikal sehingga 2 kali, sekaligus memudahkan pengguna memfokuskan beberapa perkara yang sukar dilakukan menggunakan dron sebelum ini.

Kedua-dua dron ini menawarkan sokongan rakaman video pada resolusi 4K, dan hadir dengan penawaran penerbangan selama 31 minit.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai harga jualan tempatannya dan bilakah ia boleh di beli di Malaysia melalui acara pelancaran dron ini pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN