Punkt Bakal Hadir Dengan MP02 – Telefon Asas Dengan Sistem Sekuriti BlackBerry Secure
Artikel Berkaitan

Punkt Bakal Hadir Dengan MP02 – Telefon Asas Dengan Sistem Sekuriti BlackBerry Secure

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Pada tahun 2015, Punkt hadir dengan MP01 iaitu sebuah telefon asas dengan kualiti binaan yang baik. Kini, sudah tiga tahun berlalu – Punkt bakal hadir dengan MP02.

Punkt MP02 adalah sebuah telefon asas dengan sokongan rangkaian LTE, kemampuan berkongsi internet dengan peranti lain, menjalankan sistem operasi Android yang diubahsuai, sistem sekuriti BlackBerry Secure, aplikasi permesejan bentuk bebenang dengan kamus yang boleh ditetapkan oleh pengguna serta antaramuka baru yang dikatakan unik.

Pihak Punkt tidak memberi maklumat lain atau harga. Tetapi, ia akan dilancarkan pada 17 September kelak. Pada tarikh yang sama, mereka turut membuka pra-tempahan bagi mereka yang berminat untuk membeli.


TIPS & ULASAN