Popsical – Peranti Karaoke Mudah Alih Berasaskan Awan

Popsical – Peranti Karaoke Mudah Alih Berasaskan Awan

Diterbitkan pada Sep 1, 2018 oleh .

Popsical memperkenalkan karaoke generasi akan datang iaitu sistem berasaskan awan yang mempunyai kesemua fungsi seperti set karaoke tradisional. Set karaoke ini mempunyai lebih dari 100,000 lagu untuk dipilih dengan variasi pilihan lagu yang sentiasa dikemaskini.

Ia hadir bersama aplikasi mudah alih yang membenarkan pengguna untuk melayar lagu di dalam Library serta senarai lagu daripada peranti. Popsical menyokong penggunaan peranti berganda (multiple device) dalam satu masa yang sama untuk pengguna menambahkan lagu ke dalam senarai main pada bila-bila masa.

Pengguna boleh mendapatkan masa menyanyi percuma selama 15 minit setiap hari. Popsical juga menawarkan beberapa pakej langganan kepada pengguna yang menginginkan lebih masa untuk menyanyi. Anda boleh melanggan pakej premium untuk 24 jam masa menyanyi pada harga RM5.99 atau secara bulanan pada harga RM14.99.

Bagi penggemar karaoke, anda boleh dapatkan pakej penuh sistem karaoke Popsical pada harga RM1399. Untuk pakej penuh ini, anda boleh memiliki 1 Popsical, 1 pembesar suara dan 2 mikrofon nirwayar. Penggemar karaoke juga boleh memiliki Popsical dengan harga yang lebih murah iaitu serendah RM899 yang hanya menyertakan satu peranti Popsical sahaja.

Khusus untuk masa terhad, anda juga boleh mencuba peranti ini di acara Malaysia IT & Electrical Appliances Expo yang berlangsung sehingga 2 September 2018 di Mid Valley Exhibition Centre di reruai bernombor 115. Mereka akan menjual pakej penuh peranti ini pada harga promosi RM1099. Anda boleh menggunakan kod ‘AMANZ’ sewaktu melakukan pembelian bagi mendapatkan diskaun RM 100 sekaligus menjadikannya beharga RM 999.

Layari: Laman pra-tempah Popsical

Muat Turun: Aplikasi Popsical Untuk Android

Muat Turun: Aplikasi Popsical Untuk iOS


TIPS & ULASAN