Kelak Anda Boleh Log Masuk Ke Windows 10 Dengan Menggunakan Akaun Google
Artikel Berkaitan

Kelak Anda Boleh Log Masuk Ke Windows 10 Dengan Menggunakan Akaun Google

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Sistem Windows 10 mempunyai banyak cara untuk pengguna log masuk. Antaranya adalah, kata laluan, pin, kata laluan bergambar atau juga Windows Hello dengan mengimbas cap jari atau wajah. Selain daripada itu, Windows 10 turut mempunyai penyedia tauliah (credential provider) untuk log masuk menggunakan akaun selain Microsoft atau Windows Hello.

Kod yang akan membenarkan fungsi ini digunakan sudah pun hadir dalam commit chromium untuk pelayar web Google Chrome Canary. Tetapi ia masih belum diaktifkan. Jadi akan datang, Google Chrome akan dikemaskini dengan sokongan pentauliahan ini dan pengguna boleh log masuk ke Windows 10 dengan menggunakan akaun Google.

Tetapi, fungsi ini hanya boleh digunakan jika peranti Windows 10 anda tidak diselarikan dengan mana-mana akaun Microsoft seperti Outlook, MSN atau sebagainya.


TIPS & ULASAN