Carian
Tonton Kini Menawarkan Perkhidmatan Penstriman Video Mereka Secara Percuma
August 30, 2018 Aman

Tonton merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video tempatan yang diterajui oleh Media Prima. Ia telah beroperasi selama beberapa tahun, dimana sebelum ini pengguna diperlukan mendaftar untuk menonton, selain perlu melanggan Tonton VIP untuk mengakses sejumlah kandungan khusus secara eksklusif.

Walaubagaimanapun, nampaknya perniagaan berasaskan langganan tidak begitu menguntungkan untuk pihak Tonton, dan kini mereka beralih kepada perniagaan memfokuskan pengiklanan.

Tonton Free

Kini, Tonton dibuka akses kepada semua pengguna dan tiada lagi sebarang pendaftaran diperlukan. Pelbagai kandungan yang ditawarkan di Tonton turut dilihat dihoskan melalui YouTube dan bukannya terus pada pelayan Tonton seperti sebelumnya.

Ia tidak diketahui lagi apakah perancangan seterusnya oleh Media Prima untuk Tonton – memandangkan dengan peralihan baru ini, ia mungkin memudahkan lagi pengguna menemui kandungan terus pada YouTube tanpa ke laman khusus Tonton ini.

Selain Tonton, sebelum ini iFlix turut telah hadir dengan penawaran akaun iFlix Free yang menawarkan akses kepada sejumlah kandungan secara percuma – tetapi masih eksklusif pada platform berkenaan dan tidak dihoskan di luar.

Komen