Asus Mengemaskini Siri ZenBook Dengan Rekaan Bingkai Skrin Yang Nipis

Asus Mengemaskini Siri ZenBook Dengan Rekaan Bingkai Skrin Yang Nipis

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

Asus hari ini pada IFA 2018 telah memperkenalkan pembaharuan pada beberapa produk. Mencuri perhatian adalah pengenalan kemaskini untuk keluarga ZenBook yang meliputi ZenBook 13, ZenBook 14 dan juga ZenBook 15.

Keluarga ZenBook yang ditujukan kepada pengguna umum ini kini hadir dengan rekaan bingkai skrin yang nipis, sekaligus menjadikannya kelihatan lebih premium berbanding sebelum ini.

ZenBook 13

Pada masa yang sama, dengan membuang ketebalan bingkai yang tidak digunakan juga, ia sekaligus menjadikan komputer riba ini bersaiz lebih kompak berbanding komputer riba yang lain yang menawarkan saiz skrin lebih kurang sama.

Seperti ramai sedia maklum, ZenBook 13 hadir dengan skrin 13-inci, ZenBook 14 dengan skrin 14-inci, dan ZenBok 15 dengan skrin 15.6-inci. Ketiga-tiga ini menawarkan rekaan bingkai skrin nipis – dan menyertakan webcam dengan sokongan infra-merah pada bahagian atas.

Dari segi spesifikasi, keluarga komputer riba ini dilengkapi cip Intel Core generasi ke-8, memori sehingga 16GB RAM, pilihan kad grafik GTX 1050 Max-Q, selain sokongan seperti pembaca memori kad dan sebagainya.

Selain pada bahagian skrin, Asus juga turut menyertakan penambahan pada bahagian trackpad yang menawarkan kebolehan mengubah ia kepada numpad.

Asus menyasarkan unduk menawarkannya bermuda bulan hadapan pada peringkat global. Pelancaran rasmi di Malaysia mesih tidal diketahui laga buat masa ini.


TIPS & ULASAN