HTC U12 Life Diperkenalkan – Spesifikasi Pertengahan, Dwi-Kamera Belakang, Bateri 3600mAh
HTC

HTC U12 Life Diperkenalkan – Spesifikasi Pertengahan, Dwi-Kamera Belakang, Bateri 3600mAh

Diterbitkan pada Ogos 30, 2018 oleh .

HTC hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan HTC U12 Life. Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi pertengahan, dan HTC dilihat memfokuskan kepada ciri dwi-kamera yang hadir pada telefon pintar ini, selain dari segi rekaan kerangka peranti tersebut.

HTC U12 Life hadir menggunakan skrin 6-inci dengan paparan FHD+, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.

HTC U12 Life

Melaluinya, HTC turut menyertakan sokongan dwi-kamera, dimana ia menggunakan gabungan lensa 16-megapixel dan 5-megapixel di belakang. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 13-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3600mAh.

HTC turut dilihat melengkapkan telefon pintar ini dengan sokongan bicu audio dan speaker stereo. Ia menjalankan Android 8.1 Oreo. Kemaskini Android Pie untuknya masih tidak diketahui lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN