Cari @ Amanz

Sony Hari ini telah pun melancarkan telefon pintar Xperia XZ3 secara rasminya, sekaligus membawa beberapa penambah-baikkan berbanding Xperia XZ2 sebelum ini.

Menjadi salah satu perbezaan utama berbanding Xperia XZ2 sebelum ini adalah dari segi penawaran skrin.

Sony Xperia XZ3

Sony Xperia XZ3 hadir dengan skrin 6-inci, dilengkapi paparan pada resolusi 2880×1440 pixel dengan nisbah 18:9, dan dijana panel OLED dengan sokongan HDR. Ini sekaligus menawarkan resolusi lebih tinggi, dan panel OLED berbanding LCD sebelum ini.

Menjana peranti Xperia XZ3 ini adalah cip Snapdragon 845, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan mikro-SD. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, Xperia XZ3 menggunakan kamera 19-megapixel dengan sokongan rakaman gerak-perlahan sehingga 960fps, selain kamera hadapan 13-megapixel untuk swafoto.

Sony Xperia XZ3

Xperia XZ3 masih mengekalkan ciri-ciri kalis air, selain tidak menyertakan sokongan bicu audio.

Sony mengatakan Xperia XZ3 ini akan dipasarkan secara berperingkat di global bermula bulan Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd