Fon kepala siri Sony 1000X sudah memasuki tahun ketiga pengeluaran. Ia dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif dan jawapan kepada siri Bose QC35 yang popular. Di IFA model kemaskini Sony WH-1000XM3 dilancarkan dengan beberapa penaiktarafan pada rekaan dan juga fungsi.
Fon telinga nirwayar bluetooth ini akhirnya boleh dicas menggunakan kabel USB-C. Dua model terdahulu hanya mempunyai port pengecasan mikroUSB yang kini tidak lagi digunakan secara meluas. Bateri yang digunakan mampu memberikan tempoh penggunaan sehingga 30 jam dengan sistem pembatalan hingar diaktifkan. Cip HD Noise Cancelling Processor QN1 yang terkini menjanjikan pembatalan hingar yang lebih baik berbanding model M2.
Kemaskini diberikan pada rekaan pad telinga dan kepala yang kini lebih tebal. Kemasan seakan kulit pada permukaan fon kepala kini digantikan dengan permukaan yang licin. Seperti model terdahulu WH-1000XM3 boleh disambung menggunakan kabel audio 3.5mm yang disertakan. Sungguhpun kini dilengkapi port USB-C, tiada sokongan sambungan audio menggunakan port ini disertakan. Sony WH-1000XM3 akan dijual September ini pada harga $350 (~RM 1441) sepasang,