Komputer Riba Lenovo Legion Y530 Dikemaskini Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Komputer Riba Lenovo Legion Y530 Dikemaskini Dengan Kad Grafik GeForce GTX 1060

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Komputer riba untuk peminat permainan video Legion Y530 baru sahaja dilancarkan di Malaysia tiga hari yang lalu. Kepada yang berminat anda mungkin harus berfikir dua kali kerana model kemaskini Legion Y530 baru sahaja diumumkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 106o.

Lenovo Legion Y530Dari segi spesifikasi ia mengekalkan penggunaan skrin 15.6 inci IPS LCD HD penuh yang menyokong kadar segar semula 144Hz dan NVIDIA GSync, pemproses sehingga Intel Core i7, memori sehingga 32GB RAM, storan 512GB SSD, storan sehingga 2TB HDD dan bateri sebesar 52.5 Wh.

Lenovo Legion Y530Perkara paling menarik mengenai Y530 ialah engsel penutup yang unik. Ia bersambung sedikit ke hadapan dari yang ditemui pada komputer riba biasa. Sebuah lagi ciri unik ialah sambungan I/O diberikan pada sisi kanan, sisi kiri dan juga bahagian belakang komputer riba. Papan kekunci yang disertakan turut menyokong sistem lampu berwarna putih.

Lenovo Legion Y530 akan hanya dipasarkan Oktober ini Eropah pada harga bermula dari Euro 1399 (~RM 6713) sebuah.


TIPS & ULASAN