Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 9 merupakan satu-satunya telefon pintar mercu yang hadir dengan penawaran S-Pen secara terbina. Melaluinya, anda boleh mencatatkan nota, membuat lakaran, malah melalui versi terkini, ia turut memudahkan pengguna untuk menggunakan S-Pen sebagai alat kawalan untuk beberapa perkara.

Selain daripada itu, satu lagi ciri menarik yang turut dibawakan oleh S-Pen adalah keupayaan untuk membuat Live Messaging.

Pengguna hanya perlu mengeluarkan S-Pen daripada Galaxy Note 9, dan kemudiannya memilih Live Messaging.

Samsung Galaxy Note 9 Live Messaging

Seterusnya, anda boleh membuat lakaran atau tulisan yang dikehendaki – dan menjadikannya dalam bentuk animasi sebelum menghantar ia kepada rakan-rakan, ahli keluarga, atau berkongsi melalui laman sosial.

Penawaran ini sekaligus menjadikan permesejan anda lebih menarik dan intraktif berbanding permesejan menggunakan teks biasa.

Samsung Galaxy Note 9 Live Messaging

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Note 9 daripada para pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga bermula RM3699 – dan mula menghantar mesej yang cantik dan interaktif ini kepada rakan-rakan anda.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd