Cari @ Amanz

Dengan pengenalan pelbagai produk baru bersempena IFA 2018 hari ini, kini TCL turut memperkenalkan telefon pintar baru dibawah jenama BlackBerry, iaitu BlackBerry Key2 LE.

BlackBerry Key2 LE

BlackBerry Key2 LE hadir dengan skrin 4.5-inci, dilengkapi papan kekunci fizikal yang mengintegrasikan pengimbas cap jari, selain dijana cip Snapdragon 636. Ia turut menyertakan memori 4GB RAM, ruangan storan sehingga 64GB, dan sokongan kad mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 5MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Secara kasar, ia boleh dikatakan sebagai variasi BlackBerry Key2 tetapi dengan spesifikasi pertengahan. BlackBerry Key2 LE ini juga mungkin ditujukan kepada peminat papan kekunci fizikal, tetapi tidak ingin mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli peranti baru.

BlackBerry Key2 LE ini akan dipasarkan secara berperingkat bermula September ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd