Lenovo Legion T730 and C730 Kini Lebih Berkuasa Dengan Kad Grafik Siri GeForce RTX

Lenovo Legion T730 and C730 Kini Lebih Berkuasa Dengan Kad Grafik Siri GeForce RTX

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX telah dilancarkan minggu dengan kemampuan Raytracing masa nyata yang membuatkan grafik kelihatan lebih kelihatan realistik. Oleh itu tidak mengejutkan model kemaskini Lenovo Legion T730 dan C730 diumumkan dengan kad grafik terkini dari NVIDIA ini.

Legion T730 kini hadir dengan pilihan kad grafik GeForce RTX 2070, RTX 2080 dan RTX 2080 Ti.  Komputer jenis menara ini mengekalkan pemproses Intel Core i7, memori sehingga 32GB DDR4, storan SSD sehingga 512 GB, storan HDD sehingga 2TB dan sistem audio Dolby ATMOS.

Legion C730 adalah komputer desktop dengan rekaan kompak dan akan diberikan pilihan dengan kad grafik RTX 2070 dan RTX 2080 sahaja. Spesifikasi lain adalah sama seperti T730 di atas.

Kedua-dua Legion T730 dan C730 akan dijual pada harga bermula dari Euro 1999 (~RM 9593) November hadapan. Memandangkan kedua-dua model ini masih belum dilancarkan di Malaysia, kami berharap pihak Lenovo akan turut memberikan pilihan kad grafik GeForce RTX kelak.


TIPS & ULASAN