Apple Menjadualkan Acara Khas Pada 12 September – Pengenalan iPhone Baru
Aman
Apple hari ini telah mengumumkan acara media yang bakal diadakan pada 12 September kelak, dimana seperti biasa kita akan dapat melihat pengenalan sejumlah peranti baru daripada Apple pada acara berkenaan.
Acara bulan September kebiasaannya memfokuskan kepada peranti mudah-alih – terutamanya iPhone. Untuk tahun ini, Apple dijangka memperkenalkan sebanyak tiga variasi iPhone – termasuk kemaskini kepada iPhone X.
Selain daripada itu, desas-desus turut mengatakan Apple akan memperkenalkan Apple Watch Series 4 dan juga iPad Pro.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 12 September (Malaysia:13 September) untuk melihat sendiri apakah yang bakal dilancarkan oleh Apple.
iPhone launch on September 12, at Apple Park pic.twitter.com/MVzUj1V1z9
— kif (@kifleswing) August 30, 2018
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.