Cari @ Amanz

Apple pada awal hari ini telah mengumumkan yang mana mereka menjadualkan acara khas pada 12 September kelak, dimana Apple dijangka memperkenalkan iPhone baru dan beberapa peranti baru yang lain. Kini, lanjutan daripadanya, beberapa info baru telah tertiris ke arena web.

Dikongsikan oleh 9to5Mac, iPhone generasi baru kelak dijangka dikenali dengan nama iPhone XS.

Apple iPhone XS

iPhone XS ini akan hadir dalam dua pilihan saiz, iaitu skrin bersaiz 5.8-inci dan juga 6.5-inci. Kedua-duanya dijangka akan menggunakan panel OLED, selain turut ditawarkan dalam pilihan warna keemasan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 September ini untuk mendengar lebih lanjut mengenai iPhone XS ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd