Cari @ Amanz

Mozilla hari ini mengumumkan yang mana Firefox kelak akan memperkenalkan penghalang penjejak web dan mengaktifkan ia kepada semua pengguna bermula kemaskini akan datang.

Melalui langkah ini, ia dijangka akan meningkatkan lagi kadar privasi pengguna – dan mengelak sebarang penjejak iklan daripada beberapa syarikat memantau aktiviti pengguna.

Mozilla mengatakan mereka akan mula menghalang penjejak yang menjadikan pelayaran laman web perlahan bermula Firefox 63 yang dijadualkan pada Oktober 2018 kelak.

Selepas itu, melalui Firefox 65 kelak, Mozilla menyasarkan untuk membuat halangan penuh untuk penjejak web yang mengikuti pengguna – termasuk seperti kuki dan sebagainya.

Dengan langkah yang diambil oleh Mozilla, selain turut telah dilakukan oleh Apple pada Safari – kita mungkin akan melihat implementasi hal sama oleh pembangun pelayar web lain pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd