Anda Kini Boleh Memuat-Turun Counter-Strike : Global Offensive Secara Percuma

Anda Kini Boleh Memuat-Turun Counter-Strike : Global Offensive Secara Percuma

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Valve kini dilihat telah menambah penawaran edisi percuma untuk permainan tembak-menembak popular, Counter-Strike : Global Offensive (CS:GO).

CS : GO

Permainan ini ditawarkan pada harga RM32 untuk versi penuh. Untuk versi percuma, permainan FPS popular ini membolehkan anda berlawan dengan bot secara luar-talian dan menggunakannya dalam melatih kepakaran anda. Disamping itu, pengguna juga turut boleh mengakses mod Spectator melalui versi percuma ini untuk menonton para pemain lain berlawan antara satu sama lain.

Bagi para pemain baru yang masih berkira-kira untuk mendapatkan permainan CS:GO ini mungkin boleh mencuba versi percuma ini terlebih dahulu sebelum mengambil-langkah untuk membelinya atau sebaliknya.

CS:GO Free Edition ini boleh didapati melalui Steam untuk Windows, Mac dan Linux.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu. Ikuti Aksiz untuk pelbagai info dan berita berkaitan permainan video.


TIPS & ULASAN