Carian
Huawei Mate 20 Bakal Dilancarkan Pada 16 Oktober 2018
August 31, 2018 Aman

Huawei hari ini telah pun memperkenalkan cip pemprosesan Kirin 980, dimana ia dijangka akan hadir bersama telefon pintar Mate 20 kelak. Dan semestinya ramai yang tertanya-tanya bilakah telefon pintar berkenaan bakal dilancarkan.

Berkongsi mengenainya, Huawei mengatakan ia bakal melancarkan siri Huawei Mate 20 pada 16 Oktober 2018 di London.

Huawei Mate 20

Buat masa ini, info mengenai telefon pintar berkenaan masih tidak diketahui. Namun, salah satu perkara yang pasti adalah ia akan dijana dengan cip Kirin 980 yang turut memfokuskan kepada integrasi kecerdasan buatan, dan masa penggunaan bateri lebih lama melalui cip 7nm.

Desas-desus sebelum ini juga turut mengatakan ia akan menawarkan bateri bersaiz lebih besar bersama-sama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 16 Oktober kelak untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei.

Komen