Kemaskini Windows 10 Seterusnya Bakal Hadir Pada Bulan Oktober 2018

Kemaskini Windows 10 Seterusnya Bakal Hadir Pada Bulan Oktober 2018

Diterbitkan pada Ogos 31, 2018 oleh .

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini besar seterusnya untuk sistem operasi Windows 10 pada bulan Oktober kelak. Kemaskini baru ini akan dikenali dengan nama Windows 10 October 2018 Update.

Windows 10 October Update

Kemaskini baru ini dijangka menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk penawaran tema gelap untuk File Explorer, penambah-baikkan pada Microsoft Edge, dan beberapa ciri-ciri yang lain. Microsoft mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai kemaskini ini dalam minggu-minggu akan datang.

Microsoft pada masa yang sama berkongsi mengatakan kini lebih 700 juta peranti seluruh dunia yang menjalankan sistem operasi Windows 10 ini.


TIPS & ULASAN