Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Mula Menerima Kemaskini GPU Turbo

Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Mula Menerima Kemaskini GPU Turbo

Diterbitkan pada Sep 1, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini telah hadir dengan penawaran kemaskini perisian yang menambah-baik prestasi grafik dinamakan GPU Turbo. Selepas diperkenalkan untuk beberapa peranti, kini Huawei Malaysia turut mengumumkan penawaran GPU Turbo untuk pengguna Mate 10 dan Mate 10 Pro di Malaysia.

Melalui kemaskini GPU Turbo ini, ia menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik dengan kadar bingkai yang lebih konsisten. Buat masa ini, dua permainan disokong dengan GPU Turbo, iaitu Mobile Legends dan juga PUBG Mobile.

Selain daripada penawaran grafik lebih baik, ia juga lebih mengoptimasikan penggunaan bateri untuk penggunaan masa yang lebih lama.

Bagi anda yang menggunakan Mate 10 atau Mate 10 Pro boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini. Seperti biasa, kemaskini ini ditawarkan secara berperingkat dan mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda menerimanya.


TIPS & ULASAN