Hari ini, 1 September 2018 menyaksikan cukai jualan dan perkhidmatan mula dilaksanakan, sekaligus memberikan impak kepada sejumlah barangan. Bercakap mengenainya, kini Vivo Malaysia mengumumkan yang mana harga jualan peranti mereka akan kekal seperti sebelum ini tanpa perubahan.
Ini sekaligus memperlihatkan Vivo menyerap cukai SST dalam harga peranti sedia ada. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna membeli peranti Vivo dengan harga jualan seperti sebelum ini.
Berikut merupakan harga jualan yang dicadangkan untuk telefon pintar Vivo sedia ada di pasaran Malaysia:
Vivo Y53c : RM469
Vivo Y71i : RM599
Vivo Y81 : RM749
Vivo Y85 : RM999
Vivo V9 : RM1099
Vivo X21 : RM2299
Vivo NEX : RM2799
Disamping kesemua model peranti ini, Vivo juga bakal melancarkan Vivo V11 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.