Mi Store Kini Turut Dibuka Di Mid Valley Megamall

Mi Store Kini Turut Dibuka Di Mid Valley Megamall

Diterbitkan pada Sep 1, 2018 oleh .

Xiaomi boleh dikatakan agak aktif membuka kedai fizikal mereka di pelbagai bandar utama seluruh Malaysia. Terbaru, mereka turut telah membuka Mi Store di Mid Valley Megamall.

Xiaomi Mi Store Mid Valley

Melalui kedai fizikal ini, pengguna boleh terus mencuba pelbagai peranti berjenama Xiaomi – dan tidak terhad untuk telefon pintar semata-mata. Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh membeli produk Xiaomi terus di kedai fizikal berkenaan.

Selain daripada kedai fizikal, Xiaomi juga turut menjadualkan jualan promosi untuk pelbagai produk seperti Redmi 6A, Redmi S2, dan sebagainya pada 6 September ini melalui laman Lazada.


TIPS & ULASAN