Apple Memulakan Program Gantian Papan Logik Untuk iPhone 8

Apple Memulakan Program Gantian Papan Logik Untuk iPhone 8

Diterbitkan pada Sep 1, 2018 oleh .

Apple hari ini telah memulakan program gantian untuk papan logik bagi iPhone 8 yang bermasalah. Program baru daripada Apple ini hadir berikutan pelbagai maklumbalas dan komen pengguna berkaitan masalah yang menimpa iPhone 8 yang dilancarkan pada tahun lepas.

Disebabkan oleh masalah papan logik ini, iPhone 8 berkaitan mungkin mengalami masalah memulakan semula peranti tanpa jangka, skrin yang tidak responsif, dan tidak boleh dimulakan.

Menurut Apple, hanya peratusan kecil telefon yang terjejas, dan ia terjual antara bulan September 2017 hingga Mac 2018 lepas. Seperti biasa, telefon yang terkesan dengan masalah ini akan dibaik-pulih secara percuma untuk pengguna.

Bagi pengguna tempatan, anda tidak perlu risau sangat kerana Apple mengenal-pasti hanya beberapa negara sahaja yang terkesan dengan model bermasalah ini – termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Macau, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Bagi anda yang menggunakan model iPhone 8 dari Malaysia, tidak perlu risau akan mengenai peranti anda. Namun, sekiranya anda menggunakan set import daripada negara-negara berkaitan, mungkin boleh menyemak sama ada iPhone 8 anda terkesan atau tidak daripada laman yang disediakan oleh Apple.

Semak : Program Gantian Papan Logik Untuk iPhone 8


TIPS & ULASAN