Kerajaan Akan Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan SST Untuk Prabayar Dalam Masa Terdekat

Kerajaan Akan Mengeluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan SST Untuk Prabayar Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan pada Sep 1, 2018 oleh .

SST telah pun diimplementasikan pada pelbagai perkhidmatan dan produk bermula hari ini. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang tidak digemari pengguna adalah apabila tambah-nilai untuk prabayar turut dikenakan dengan cas SST.

Pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula mengimplementasikan SST pada pembelian tambah-nilai. Ini sekaligus membuatkan pengguna menerima kredit kurang daripada nilai yang dibeli. Sebagai contoh, pembelian RM10 akan memberi pengguna dengan kredit sebanyak RM9.43.

Hal ini tidak digemari pengguna kerana sedikit menyukarkan. Malah perkara sama pernah berlaku ketika implementasi GST beberapa tahun lepas yang membuatkan kerajaan beralih dan menawarkan rebat GST untuk pembelian tambah-nilai.

Bercakap mengenainya, kini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan yang mana masalah berkaitan SST untuk prabayar ini kini dalam perhatian pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Beliau mengatakan kenyataan rasmi berkaitan dengannya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan masalah SST untuk prabayar ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN