GoPro Hero 7 Tertiris – Dijangka Diperkenalkan Kelak Pada Bulan Ini

GoPro Hero 7 Tertiris – Dijangka Diperkenalkan Kelak Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Sep 2, 2018 oleh .

GoPro merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi. Terkini, ia dilihat GoPro dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini kepada kamera aksi mereka melalui keluarga kamera baru yang dinamakan Hero 7.

Tarikh pelancarannya tidak diketahui lagi. Namun, seperti kebanyakkan produk lain, beberapa gambar promosi GoPro Hero 7 kini tertiris melalui arena web daripada perkongsian pengguna melalui Imgur (yang kini telah dipadam).

GoPro Hero 7

Daripada perkongsian berkenaan, GoPro Hero 7 dilihat akan hadir dalam tiga pilihan warna – putih, perak dan hitam, selain turut menawarkan ketahanan kalis air sehingga 10 meter. Buat masa ini, ciri unik dari segi rakaman dan sebagainya masih tidak diketahui lagi.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai Hero 7 ini dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN