Menteri Kewangan : Tambah-Nilai Prabayar RM10 Perlu Beri Kredit RM10 Kepada Pengguna

Menteri Kewangan : Tambah-Nilai Prabayar RM10 Perlu Beri Kredit RM10 Kepada Pengguna

Diterbitkan pada Sep 2, 2018 oleh .

Sejak daripada 1 September 2018, pembelian tambah-nilai prabayar telah dikenakan SST, dimana pengguna yang membeli tambah-nilai RM10, hanya diberikan kredit sebanyak RM9.43. Semalam, kita telah melihat kerajaan mengatakan akan melihat dan mengeluarkan kenyataan berkenaan berkaitan perkara berkenaan.

Kini, lanjutan daripadanya, Menteri Kewangan dipetik mengatakan pengguna perlulah menerima keseluruhan kredit sebanyak RM10 untuk tambah-nilai RM10. Ia dikatakan berlaku sedikit kekeliruan dan masalah teknikal.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengatakan kerajaan akan meminta syarikat telekomunikasi memberikan rebat kepada pengguna dan cukai SST tidak dibayar oleh pengguna.

Pengguna yang membuat tambah-nilai semalam hanya menerima kredit selepas potongan 6%, tetapi syarikat telekomunikasi memberikan beberapa penawaran promosi – namun boleh dikatakan tidak begitu digemari pengguna.

Dengan pengumuman baru ini, kita mungkin melihat perubahan berlaku untuk SST bagi tambah-nilai prabayar ini dalam hari-hari atau minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN