LINE Melancarkan Kriptowang Dan Rantaian-Blok Tersendiri

LINE Melancarkan Kriptowang Dan Rantaian-Blok Tersendiri

Diterbitkan pada Sep 2, 2018 oleh .

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan yang popular dengan penawaran pelekat dan watak-watak eksklusif. Terkini, dalam mevariasikan penawaran syarikat mereka, LINE turut telah melancarkan kriptowang tersendiri yang dinamakan LINK.

Bersama-sama dengan penawaran kriptowang LINK, LINE juga turut memperkenalkan rantaian-blok mereka tersendiri dinamakan LINK Chain.

LINK

Berbeza dengan beberapa kriptowang lain, LINK tidak akan ditawarkan dalam bentuk ICO (Initial Coin Offering). Sebaliknya, LINK akan diberikan kepada pengguna sebagai ganjaran menggunakan perkhidmatan dibawah ekosistem LINE.

LINK yang diterima ini seterusnya boleh digunakan sebagai pembayaran untuk perkhidmatan aplikasi terpencar dibawah ekosistem berkenaan – termasuk untuk membeli kandungan dan permainan pada LINE.

LINE mengatakan token LINK ini akan ditawarkan secara eksklusif melalui BITBOX kelak pada bulan ini.


TIPS & ULASAN