Carian
Razer Mengesahkan Sedang Membangunkan Razer Phone Generasi Kedua
September 3, 2018 Aman

Razer kini telah pun mengeluarkan penyata kewangan untuk pertengahan tahun 2018 yang pertama, sekaligus berkongsi sejumlah perkara berkaitan syarikat mereka. Salah satu perkara yang turut disentuh oleh Razer adalah berkaitan dengan telefon pintar.

Razer mengatakan generasi pertama Razer Phone boleh dikatakan berjaya, dan kini mereka sedang membangunkan generasi kedua untuk Razer Phone. Sekiranya ia mengikut latar masa pelancaran seumpama generasi pertama, maka kita mungkin melihat ia dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, Razer juga mengatakan yang mana mereka turut ingin menawarkan perisian dan perkhidmatan untuk PC ke arena peranti mudah-alih.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Razer melalui Razer Phone 2 kelak. Dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, semestinya ramai menantikan kejutan yang akan dibawakan oleh jenama permainan ini kepada para peminat mereka.

Komen