Berita mengenai Google yang bakal memperkenalkan jam tangan pintar Wear OS mereka tersendiri sudah mula sejak berbulan lalu. Menurut ura-ura, Google bakal memperkenalkan jam tangan pintar bersama-sama dengan pelancaran Google Pixel 3.
Kini, melalui Tom’s Guide – Google mengesahkan di mana tahun ini tiada jam tangan pintar Wear OS atau yang digelar sebagai Pixel Watch akan dilancarkan. Sebaliknya, pihak Google akan memfokuskan kepada ekosistem baru Wear OS.
Minggu lepas, Google telah pun memperkenalkan Wear OS baru dengan ciri, fungsi serta antaramuka baru. Di mana ia selari dengan hasrat Google dalam memfokuskan kesihatan digital dan fizikal pada Digital Wellbeing dan juga Google Coach.
Jika Google akan melancarkan Pixel Watch, mereka bukan melancarkan satu sahaja tetapi tiga utas jam tangan pintar Wear OS dan ia akan dijana dengan cip Snapdragon 3100 terbaru dari Qualcomm.