Cari @ Amanz

Pocophone F1 adalah sebuah peranti mercu yang ditawarkan pada harga seakan sebuah peranti kelas pertengahan. Ia dijana dengan Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM dan terdapat pilihan storan dari 64GB sehingga 256GB.

Disebabkan pihak Xiaomi menawarkan harga yang boleh dikatakan murah, ia dibina dari plastik, tiada NFC, tiada perlindungan air dan menggunakan pembesar suara stereo yang tidak memuaskan. Lebih mengecewakan, Pocophone F1 tidak menyokong penstriman HD buat Netflix.

Selepas kami menjalankan ujian, Pocophone F1 hanya menyokong penstriman Netflix pada resolusi hanya 540p. Selepas membuat kajian, Pocophone F1 hanya mempunyai pensijilan Widevine tahap L3 di mana ia tidak boleh menstrim resolusi video 720p dan keatas. Penstriman resolusi 720p dan ke atas memerlukan pensijilan Widevine tahap L1.

Untuk sesebuah peranti menerima kemaskini perisian untuk mengaktifkan pensijilan Widevine L1, peranti tersebut memerlukan satu kunci rahsia unik dalam TrustZone. Tetapi, Pocophone F1 langsung tiada kunci rahsia unik ini – oleh itu kemaskini peranti tidak akan mengaktifkan sokongan penstriman HD.

  • Muat Turun
  • Semak Pensijilan Widevine Melalui aplikasi DRM Info
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd