Carian
Boeing Dianugerahkan Kontrak Menghasilkan Dron MQ-25A Pengisi Minyak Untuk Pesawat Pejuang
September 3, 2018 Effi Saharudin

Minggu lalu Tentera Laut Amerika Syarikat mengumumkan pemenang kontrak bagi menghasilkan dron pengisi minyak untuk pesawat pejuang yang beroperasi kapal pengangkut. Kontrak bernilai $805 juta (~RM 3.3 bilion) bagi membina empat dron MQ-25A dimenangi oleh Boeing dengan sasaran ia memulakan operasi pada tahun 2024.

Dengan MQ-25A tugas mengisi semula minyak pesawat pejuang yang sedang melakukan operasi diambil oleh dron ini. Sebelum ini ia dilakukan oleh pesawat pejuang Boeing F/A-18 yang dilengkapi Buddy Pod. Ini mengurangkan jumlah pesawat pejuang dan juruterbang yang boleh dilakukan untuk melalukan misi. Dron boleh terbang lebih lama berbanding pesawat sedia ada serta juruterbang yang boleh bertukar-tukar menerbangkannya menggunakan sistem syif.

Komen