Cari @ Amanz

Pembantu maya Google Assistant menyokong beberapa bahasa utama dunia. Sebelum ini ia hanya boleh memahami satu bahasa selepas ditetapkan oleh pengguna tetapi kini ia boleh memahami dua bahasa secara serentak untuk Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali dan Jepun.

Arahan dalam enam bahasa di atas kini boleh difahami tanpa pengguna perlu mengubah pilihan bahasa terlebih dahulu. Arahan perlu diberikan dalam satu bahasa sahaja dan bukan dua bahasa dicampur aduk dalam satu ayat lengkap. Google akan menambah lebih banyak lagi bahasa dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd