Awal tahun ini ZTE hampir pupus selepas dihalang dari membeli perkakasan dan perisian dari syarikat yang berpangkalan di A.S. Di IFA yang baru sahaja berlangsung, mereka kembali ke arena penghasilan telefon pintar selepas melancarkan ZTE Axon 9 Pro.
Peranti mercu ini hadir dengan skrin 6.21″ AMOLED FHD+ HDR bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB UFS 2.1. Kamera utama 12+20 Megapixel dengan OIS dan kamera hadapan 20-Megapixel. Bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4.0.
Axon 9 Pro juga mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan sokongan pengecasan nirwayar Qi. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang peranti. Selain daripada itu ia turut mempunyai sistem audio Dolby ATMOS. Sedikit mengecewakan ia masih menggunakan Android Oreo 8.1. Di Eropah ZTE Axon 9 Pro akan dijual pada harga Euro 650 (~RM 3112) sebuah.