Cari @ Amanz

Malaysia Airlines hari ini memperkenalkan saluran WhatsApp rasmi mereka, sekaligus memudahkan para pengguna untuk lakukan semakan status penerbangan terus menggunakan perkhidmatan permesejan popular berkenaan.

Selain daripada itu, pengguna juga turut akan menerima pengesahan tempahan tiket penerbangan terus melalui WhatsApp pada tempahan akan datang.

Malaysia Airlines WhatsApp

Pengenalan sokongan ini terus pada WhatsApp akan memudahkan para pengguna yang menggunakan penerbangan Malaysia Airlines – dan pengguna tidak lagi perlu memuat-turun sebarang aplikasi tambahan atau menyemak ke emel seperti sebelumnya.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh melakukannya dengan menambah akaun Malaysia Airlines di WhatsApp hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd