Cari @ Amanz

Cukai SST mula dikuatkuasakan sejak 1 September dengan beberapa produk di pasaran mula menunjukkan kenaikan harga. Berita baik bagi mereka yang ingin memiliki peranti Oppo ialah, syarikat ini mengumumkan kesemua peranti mereka akan mengekalkan harga jualan pra-SST.

Pada waktu yang sama mereka juga mengumumkan Oppo F9 dalam pilihan warna Starry Purple akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat pada harga RM 1399. Selain Oppo, Vivo juga mengumumkan tiada sebarang peningkatan harga peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd