SST : Harga Peranti Huawei Dikemaskini, Meningkat Sedikit

SST : Harga Peranti Huawei Dikemaskini, Meningkat Sedikit

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

SST telah mula dilaksanakan sejak 1 September 2018 lepas, dan selari dengannya pelbagai syarikat mula membuat sejumlah perubahan harga pada produk mereka. Terkini, hari ini Huawei Malaysia dilihat telah mengemaskini harga penawaran peranti mereka, sekaligus memperlihatkan sedikit peningkatan kepada harga jualan telefon pintar mereka.

Huawei SST

Berikut merupakan harga baru peranti Huawei selepas penambahan bersama SST:
Huawei P20 Pro – RM2949
Huawei P20 – RM2329
Huawei Nova 3 – RM1919
Huawei Nova 3i – RM1299
Huawei Nova 2 Lite – RM689
Huawei MediaPad M5 Pro – RM1929

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak laman Huawei Shop hari ini, atau mungkin turut boleh nantikan 16 Oktober 2018 untuk pelancaran Mate 20 kelak.


TIPS & ULASAN