Cari @ Amanz

Jalinan kerjasama baru antara Geelong dan Cyberjaya telah memberikan ruang kepada Malaysia untuk mengetuai pembangunan dan pertumbuhan perniagaan serantau di Asia Tenggara sebagai hab serantau bagi inovasi dan keusahawanan.

CyberView PilotCity

Kerjasama Perkongsian Ekosistem Inovasi ini akan melancarkan perdagangan, ekonomi, dan inovasi baru kepada hubungan antara kedua-dua bandar. Jalinan ini telah diketuai oleh Hon. Dato Teng Chang Khim – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri & UKM Kerajaan Selangor; Cyberview Sdn Bhd, Futurise Sdn Bhd, Setia Haruman Technology Sdn Bhd, KPJ Berhad Healthcare dan Kumpulan CSL.

Pivot City merupakan salah satu bandar yang memfokuskan inovasi di Geelong (Australia), dimana ia menyasarkan ribuan kerja berkaitan inovasi dan sebagainya menjelang 2021 kelak. Bandar berkenaan juga adalah lebih kurang seumpama Cyberjaya yang menempatkan pelbagai syarikat perintis teknologi di Malaysia. Hasil kerjasama ini, ia turut akan menghubungkan kedua-dua hab teknologi, sekaligus memperkembangkan lagi ekosistem inovasi antara-bandar.

Perkongsian ini juga melibatkan hasil usahasama gabungan antara Perdagangan dan Pelaburan Kerajaan Victoria yang telah memberi pengiktirafan kepada peranan Geelong sebagai pemaju serantau bandar. Memorandum Persefahaman 2017 antara Invest Selangor telah dilakukan bersama Kerajaan Victoria untuk meneroka potensi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negeri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd