Nubia Memperlihatkan Konsep Jam Tangan Pintar Nubia-α Dengan Skrin Terbina Pada Tali
Effi Saharudin
Jam tangan dengan skrin pada bahagian tali sudah dipelopori tiga tahun yang lalu dengan Sony FES. ZTE kini mempunyai idea menarik mengubah rekaan sebuah jam tangan pintar dengan skrin memanjang yang membolehkannya menggantikan sebuah telefon pintar.
Nubia-α menurut ZTE ialah masa depan rekaan telefon pintar yang boleh dipakai seperti sebuah jam tangan. Skrin boleh lentur yang digunakan memberikan paparan memanjang. Ia juga turut mempunyai kamera pada bahagian hadapan. Turut dapat dilihat ia pengimbas nadi yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah penjejak kesihatan. Tiada maklumat lain mengenai spesifikasi Nubia-α diumumkan buat masa ini atau bilakah ia akan dilancarkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.