Cari @ Amanz

Honor Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran Honor Play “Player Edition” untuk pasaran tempatan, dimana ia akan ditawarkan bermula 7 September 2018 pada harga RM1299.

Secara kasarnya, ia adalah versi peranti yang sama seperti Honor Play asal, tetapi hadir dengan sedikit perbezaan pada rekaan kerangka belakang – dimana ia menyertakan corak khusus bersama-sama dengannya.

Honor Play Player Edition

Honor Play hadir dengan sokongan GPU Turbo yang menawarkan konsistensi pada kadar bingkai dalam permua PUBG Mobile dan juga Mobile Legends. Pihak Honor sebelum ini menyatakan akan menambah sokongan untuk lebih banyak permua pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Honor Play “Player Edition” ini bermula 7 September 2018 kelak. Pembelian ini juga akan hadir dengan penawaran Ipega 9087 Controller, dan juga pelekat edisi terhad PUBG.

Honor Play Player Edition

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd