Vivo Malaysia hari ini telah menghantar jemputan media untuk pelancaran telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo V11 – yang mana dijadualkan untuk pelancaran pada 13 September 2018 kelak.
Vivo V11 dijangka hadir dengan rekaan takuk bersaiz kecil, selain turut dilengkapi dengan skrin yang dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Ini sekaligus akan menjadikan Vivo V11 sebagai telefon dengan pengimbas cap jari pada skrin yang berharga rendah – berbanding penawaran Vivo lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 13 September ini untuk melihat penawaran penuh Vivo V11, termasuk harga jualannya untuk pasaran tempatan.