Tablet khusus untuk kegunaan kanak-kanak Samsung Galaxy Tab A 10,5 (2018) dilancarkan pada awal Ogos lalu. Tablet ini telahpun ditawarkan di laman Direct D pada harga RM1699 sebuah. Peranti ini nampaknya mula dijual sebelum pengumuman rasmi oleh Samsung Malaysia.
Ia mengekalkan skrin 10.5-inci tetapi menggunakan hanya panel TFT LCD dan resolusi lebih rendah 1,920 x 1,200pixel. Pemproses Snapdragon 450 dipadankan dengan memori sebesar 3GB RAM, storan 32GB, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan bateri sebesar 7300 mAh.
Tab A 10.5 turut dilengkapi empat pembesar suara dengan sokongan Dolby ATMOS. Perbezaan lain ialah tiada sokongan stylus S-Pen dan mod DeX. Tetapi wujud sokongan untuk Kids Mode bagi memudahkan ibu bapa memantau waktu penggunaan serta akses aplikasi anak-anak.