Carian
Xiaomi Turut Berkongsi Kejayaan Menguji Sokongan Rangkaian 5G
September 3, 2018 Aman

Beberapa pengeluar telah mula berkongsi kejayaan mereka mengoptimasikan perkakasan dan perisian dalam menyokong rangkaian 5G. Terbaru, hari ini Xiaomi turut mengumumkan kejayaan mereka menguji rangkaian 5G pada peranti mereka.

Melalui gambar yang dikongsikan pihak Xiaomi, mereka mempertontonkan peranti seumpama Mi Mix 3 yang akan datang yang telah melalui ujian 5G melaluinya.

Xiaomi 5G

Untuk makluman, menjadi kebiasaan pihak pengeluar hadir dengan peranti yang diubah-suai untuk menguji beberapa teknologi baru – termasuk rangkaian 5G.

Buat masa ini, beberapa negara telah mula menguji rangkaian 5G dan dijangka menawarkannya secara meluas untuk pengguna umum mulai 2019 kelak. Dengan penawaran rangkaian berkenaan, semestinya ramai pengguna yang akan turut inginkan peranti yang menyokongnya.

Dengan perkongsian terbaru ini, ia sekaligus memposisikan Xiaomi turut menyertai perlumbaan untuk menjadi terawal melancarkan telefon pintar dengan rangkaian 5G mereka tersendiri.

Komen