Affinity Publisher Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta – Bersaing Dengan Adobe InDesign

Affinity Publisher Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta – Bersaing Dengan Adobe InDesign

Diterbitkan pada Sep 3, 2018 oleh .

Serif merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam penawaran perisian. Sebelum ini, mereka popular dengan penawaran penyuntingan gambar Affinity Photo yang ditawarkan untuk Mac dan juga Windows. Terkini, mereka turut hadir dengan penawaran perisian baru memfokuskan penerbitan, dinamakan Affinity Publisher.

Affinity Publisher ditawarkan dalam bentuk beta untuk Windows dan juga Mac. Untuk ujian beta, ia ditawarkan secara percuma, membolehkan semua pengguna seluruh dunia mencubanya sebelum versi akhir ditawarkan dalam bentuk berbayar.

Melalui Affinity Publisher, ia ingin memudahkan urusan rekaan untuk percetakkan – terutamnya untuk majalah, buku dan sebagainya.

Bagi anda yang terlibat dalam arena rekabentuk dan rekaletak, mungkin boleh mencuba perisian Affinity Publisher ini, yang mana turut boleh dikatakan sebagai salah satu alternatif untuk Adobe InDesign.

Muat-Turun Affinity Publisher untuk Windows/Mac


TIPS & ULASAN