Carian
Pengguna OnePlus 6? Anda Kini Boleh Mencuba Android 9.0 Pie Beta 1
September 3, 2018 Aman

OnePlus telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan menawarkan kemaskini OxygenOS berasaskan Android 9.0 Pie untuk OnePlus 6 tidak lama lagi. Kini, selari dengannya, pihak OnePlus telah pun mengeluarkan beta pertama secara terbuka untuk membolehkan semua pengguna seluruh dunia mencubanya.

OnePlus 6 OxygenOS Beta

OxygenOS Open Beta 1 ini menawarkan naik-taraf ke sistem Android 9.0 Pie, menyertakan bentuk navigasi gestur, serta hadir dengan sokongan Gaming Mode 3.0.

Bagi pengguna OnePlus 6 yang berminat, anda boleh mencuba dan menaik-taraf peranti anda hari ini dengan menguji versi beta ini. Namun, seperti biasa, ia ditekankan yang mana ini adalah versi pembangunan – dan tidak begitu stabil untuk penggunaan harian.

Komen