Samsung Ingin Membawa Lebih Banyak Teknologi Terkini Untuk Telefon Berspesifikasi Pertengahan

Samsung Ingin Membawa Lebih Banyak Teknologi Terkini Untuk Telefon Berspesifikasi Pertengahan

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Samsung sering menawarkan pelbagai ciri-ciri dan teknologi terkini pada telefon pintar mercu mereka seperti siri-S dan juga Note. Walaubagaimanapun, langkah berkenaan akan berubah tidak lama lagi.

Bercakap mengenainya, kini DJ Koh mengatakan yang mana Samsung akan mengintegrasikan pelbagai teknologi terkini dan juga pelbagai titik perbezaan pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan.

Dengan langkah ini, kita mungkin melihat penawaran ciri-ciri teknologi terbaru pada siri Galaxy A akan datang. Langkah ini diambil dalam membolehkan lebih ramai anak remaja menggunakan peranti Samsung – memandangkan harga tinggi untuk peranti mercu yang mungkin menyukarkan mereka mendapatkan peranti Samsung.

Pada masa yang sama, ia juga selari dengan penjualan peranti mercu yang semakin menurun dan pengguna beralih kepada peranti berspesifikasi pertengahan kerana memadai dengan apa yang diperlukan.

Peranti Samsung pertama dengan strategi baru ini dijangka dilancarkan kelak pada tahun ini.


TIPS & ULASAN