Butang Bixby Galaxy Note 9 Kelak Boleh Dimatikan

Butang Bixby Galaxy Note 9 Kelak Boleh Dimatikan

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Sejak Samsung Galaxy S8, Note 8 dan S9 diperkenalkan, Samsung telah menyertakan satu butang fizikal pada peranti untuk pengguna mudah akses pembantu digital mereka – Bixby. Pada ketiga-tiga siri peranti mercu Galaxy ini, Samsung membenarkan pengguna untuk mematikan butang Bixby agar pengguna tidak tertekan butang tersebut tanpa sengaja.

Tetapi, sayang sekali pada Samsung Galaxy Note 9 – butang Bixby tidak boleh dimatikan. Ini adalah kerana, pada Note 9 – Bixby yang digunakan adalah Bixby 2.0.

Menurut Samsung Jerman, mereka sedang berusaha untuk membenarkan pengguna mematikan butang Bixby pada kunci skrin. Kemampuan ini akan hadir dalam kemaskini yang akan diberikan pada pengguna seawal penghujung bulan September.

Ini adalah berita baik, walaupun butang ini tidak boleh ditetapkan untuk mengakses pembantu digital lain – sekurang-kurangnya, kelak butang ini boleh dimatikan dan ia tidak akan menjengkelkan pengguna.


TIPS & ULASAN