Huawei Nova 3e Turut Menerima Kemaskini GPU Turbo

Huawei Nova 3e Turut Menerima Kemaskini GPU Turbo

Diterbitkan pada Sep 4, 2018 oleh .

Huawei sebelum ini telah menjanjikan kemaskini GPU Turbo secara berperingkat kepada para pengguna peranti Huawei. Beberapa peranti telah menerimanya sejak minggu-minggu lepas, dan kini Nova 3e turut telah mula menerimanya.

Melalui kemaskini GPU Turbo, ia menawarkan lebih pengoptimasian perisian dan perkakasan dalam menawarkan sokongan grafik lebih konsisten. Ia tidak hadir dengan tetapan khusus, tetapi diaktifkan secara automatik apabila pemain memainkan beberapa permainan yang menyokongnya – termasuk PUBG Mobile dan juga Mobile Legends.

Huawei mengatakan GPU Turbo ini meningkatkan prestasi grafik sehingga 60% selain menurunkan kadar penggunaan bateri apabila ia aktif.

Bagi pengguna Nova 3e, anda boleh menyemak peranti anda hari ini dan mengemaskini peranti anda dengan sokongan perisian terkini ini.


TIPS & ULASAN