Cari @ Amanz

Peswastaan perkhidmatan pelancaran roket ke angkasa lepas mengurangkan kos untuk meletakkan satelit ke angkasa lepas. Syarikat Space-X milik Elon Musk misalnya menggunakan roket guna-semula bagi mengurangkan kos. Virgin Orbit yang ingin bersaing dengan mereka menggunakan pesawat induk Boeing 747 bagi melancarkan roket LauncherOne mereka.

Pesawat induk Boeing 747 dengan nama jolokan Cosmic Girl mempunyai sistem pengangkut roket di bawah sayap. Roket LauncherOne akan diangkut ke ketinggian melebihi 10,000 meter sebelum dilancarkan ke angkasa lepas dengan kargo seperti satelit.

Menurut Virgin Orbit, sistem mereka ini lebih murah berbanding sistem roket yang terbang dari permukaan bumi. Kerana ia diterbangkan dari udara,cuaca buruk tidak akan menangguhkan pelancaran satelit untuk pelanggan. Selain perkhidmatan pelancaran roket, Virgin juga menawarkan pelancongan ke angkasa lepas menerusi Virgin Galactic.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd