Cari @ Amanz

Sudah dua tahun Huawei tidak melancarkan model baru kepada Huawei Watch 2 mereka. Model kemaskini yang dilancarkan Jun lalu hanyalah perubahan rekaan dengan spesifikasi yang sama. Di dalam temubual bersama Digitel Trend, ketua pegawai eksekutif bahagian pengguna Huawei Richard Yu berkata, mereka sedang membangunkan jam tangan pintar yang lebih berguna dan memberikan lebih banyak fungsi kepada pengguna.

Huawei Watch 2Pihak Huawei inginkan jam tangan pintar yang mampu bertahan sehingga seminggu dan mempunyai sokongan kecerdasan buatan seperti telefon pintar keluaran mereka. Namun Huawei menyedari kesemua fungsi ini akan menyebabkan bateri tidak mampu bertahan lama. Penggunaan bateri berkapasiti lebih tinggi pula akan menyebabkan pertambahan saiz. Oleh tu Huawei sentiasa berhubung dengan Qualcomm untuk menghasilkan cip pemprosesan yang lebih baik untuk jam tangan pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd