Cari @ Amanz

Antutu Benchmark sedia terkenal sebagai aplikasi membuat tanda aras prestasi untuk peranti Android. Terkini, Antutu mengeluarkan senarai peranti dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Ogos 2018.

Mengejutkan, Xiaomi Blackshark mendapat tempat pertama dan peranti mercu terkenal seperti Samsung Galaxy Note 9 dan OnePlus 6 jauh ketinggalan. Ini mungkin kerana, fokus utama Blackshark adalah prestasi dan kehadiran sistem penyejukan cecair. Jika anda keliru, kenapa Galaxy Note 9 yang turut mempunyai sistem penyejukan cecair mendapat tempat yang rendah – berkemungkinan adalah beza dari segi pengoptimasian sistem Joy UI dan Samsung Experience.

Berikut adalah senarai telefon pintar mengikut turutan dari yang tertinggi sehingga yang berada di peringkat paling bawah.

  1. Xiaomi Blackshark – 292887
  2. Meizu 16th – 291025
  3. Smartisan’s Nut R1 – 289490
  4. Vivo NEX – 286286
  5. Xiaomi Mi 8 Explorer Edition – 286268
  6. Oppo Find X – 285344
  7. OnePlus 6 – 284470
  8. Samsung Galaxy Note 9 – 282958
  9. Xiaomi Mi 8 – 272527
  10. Xiaomi Mi Mix 2S – 265256

Semua peranti yang disenaraikan ini adalah peranti Android yang dijana dengan pemproses peranti mercu terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 845. Adakah peranti anda tersenarai? Jika ada, benarkah pengalaman penggunaan prestasi di dunia sebenar selari dengan markah tanda aras Antutu ini?

Sebagai peringatan, markah tanda aras hanyalah nombor semata-mata dan prestasi sebenar adalah bergantung kepada pengguna dari segi cara penggunaan serta keselesaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd